Nuffnang Ads

MAKLUMAN~~~


**WEEKENDS MEMANG SY TAK ONLINE YE..HARI UTK BABY SY..HEHEHE..TP SMS INSYAALLAH..AKAN DILAYAN..TQ (^_^)


DEAR CUSTOMERS,

SEMUA CD DA SELAMAT DIJUAL. TERIMA KASIH KEPADA YANG MENYOKONG SAYA. TUNGGU STOK SETERUSNYA YE...TERIMA KASIH.

SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI SAYA DI:


aniqku@gmail.com / zurishtaashiteru@yahoo.com / SMS ke 014-8759293...SELAMAT BER'CD'ING!!


MEMPERKENALKAN...
POINTS&REDEEM
COLLECT YOUR POINTS & REDEEM!!
JUST PAY THE POSTAGE ONLY!!!
1 PC CD = 1 POINT
EVERY 10 POINTS WILL BE GIVEN EXTRA 1 POINT = 11 POINTS

BOLEH REDEEM APA2 SAHAJA YANG DIJUAL DI BLOG INI...TETAPI TERTAKLUK KEPADA STOK SEMASA LA YE... (^_^)

UNTUK SEMAK POINT ANDA & SEMAK APA YANG BOLEH DI'REDEEM', SILA KLIK UNDER POINTS&REDEEM...TQ!

~~~~~@@@@@@@@@@@~~~@@@@@@@@@@~~~~~




Friday, November 19, 2010

MACAMANA NAK GUNAKAN CD NI???

MARI SAYA TUNJUKKAN CARA GUNA POCKET CD

Da baca kan ape itu CLOTH DIAPER (CD)? Haaa..skrg nak tunjuk camana nak gunakan..bagi yang da tau..baguslah..bagi yang baru nak kenal CD, meh tgk gmbo kat bwh:




SIMPLE JEK KAN?? MUDAH SEKALI!

Wednesday, November 17, 2010

APA ITU CLOTH DIAPERS?

Cloth Diapers (CD) atau juga dikenali sebagai Kain Lampin Moden adalah alternatif dalam penggunaan lampin untuk bayi zaman moden selain Disposable Diaper (DD).  Secara ringkasnya CD adalah pilihan terbaik untuk para ibu bapa bagi menjamin keselesaan bayi mereka.  Bukan itu sahaja malah menjimatkan wang dan paling penting sekali dapat memelihara alam sekitar kerana penggunaan CD ini terbukti mesra alam.  Boleh dipakai semula setelah dicuci dan dikeringkan. Berbanding DD, setelah dipakai, ia akan dibuang dan pelupusannya mengambil masa yang amat panjang!





Outer Fabric CD dikenali sebagai PUL (polyurethane laminate).  Fabrik ini diperbuat daripada fabrik yang berkualiti tinggi, tahan lasak, lembut, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah untuk digunakan, dijaga dan dicuci.  Dicipta khas untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.




Lapisan dalaman CD bagi jenis yang berpoket dilengkapi dengan poket sebagai tempat untuk memasukkan insert yang diperbuat daripada jenis suede atau microfleece yang dapat menarik cecair jauh dari kulit bayi. Jadi apabila lampin ditanggalkan, anda dapat lihat kulit bayi masih dalam keadaan kering. Kain jenis ini juga kalis kotoran jadi najis bayi akan mudah tanggal.

Insert pula mempunyai tiga lapisan penyerapan yang diperbuat daripada kain serat mikro (microfiber) jadi anda tidak perlu risau lagi dengan sebarang kebocoron kerana CD bukan saja memiliki dua tapi tiga lapisan serapan.




Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan snap buttons atau velcro yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi.

CD yang terdapat di pasaran sekarang amat comel untuk digayakan oleh bayi dan pastinya menarik minat ibu bapa untuk mencuba sendiri keistimewaannya.  Tambahan pula terdapat banyak warna dan design untuk dipilih.





SELAMAT MEMBUAT PILIHAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA DAN BAYI!



Monday, November 15, 2010

SAIZ?? BOLEH DILARAS KE S, M & L










Sunday, November 14, 2010

BAGAIMANA CUCI CLOTH DIAPER??

MESTI ADA YANG TANYA, MACAMANA NAK GUNA? HAAA...MEH SAYA TOLONG..

UNTUK PENGGUNAAN KALI PERTAMA...

1. KENA CUCI CLOTH DIAPER NI AT LEAST 3 KALI CUCIAN. BERMAKSUD CUCI DAN KERINGKAN DIULANG SEBANYAK 3 KALI.  KENAPA??
* CUCIAN NI BERTUJUAN UNTUK MEMBERSIHKAN CD DARIPADA SISA-SISA YANG MUNGKIN TERDAPAT PADANYA SEMASA PROSES PENGILANGAN.
* UNTUK MENDAPATKAN PENYERAPAN FABRIK YANG LEBIH BERKESAN.

2. BAGAIMANA NAK CUCI CD??

  • BOLEH DICUCI TANGAN ATAUPUN GUNA MESIN BASUH.  BAGI YANG MENGGUNAKAN MESIN BASUH, PENGGUNAAN LAUNDRY BAG DAPAT MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT PENGGUNAAN CD.

  • KERINGKAN CD YANG DIBASUH DI BAWAH MATAHARI ATAU BOLEH JUGA GUNAKAN MESIN PENGERING KAIN.

SENANG KAN??



PERINGATAN!!

  • SILA ELAKKAN PENGGUNAAN CECAIR PELUNTUR/PEMUTIH SEPERTI CLOROX DAN JUGA SOFTENER SEPERTI SOFTLAN UNTUK CD.  PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN CUCIAN DI ATAS MUNGKIN AKAN MENYEBABKAN CD KURANG EFFECTIVE MALAH BOLEH MEMBAWA ALAHAN PADA KULIT BAYI.
  • SILA CUCI CD DENGAN AIR SEJUK BAGI MENGEKALKAN KUALITI CD.
  • CLOTH DIAPERS TIDAK PERLU DISETERIKA!
  • SILA ELAKKAN MEMBERUS CD.  BERUS YANG TAJAM AKAN MENJEJASKAN PERMUKAAN DAN KUALITI CD.

HAPPY CLOTH DIAPERING!!
IT’S EASY AS ABC!!


Tuesday, November 9, 2010

CLOTH DIAPERS VS. DISPOSABLE DIAPERS

FIKIRKAN!!!

1. Pertama sekali, penggunaan CD dapat memelihara alam sekitar kita yang semakin teruk menampung bahan buangan lambat mereput. Go! Go! Green Go! ~Tahukah anda? DD yang anda buang memerlukan masa beratus-ratus tahun untuknya mereput dalam tanah? SELAMATKANLAH ALAM KITA!
2. Kedua, memupuk sifat rajin dalam diri. Walaupun ada yang kata malas nak gunakan CD sebab perlu basuh dan mereka tiada masa untuk itu, saya pun bekerja tapi masih berusaha untuk meluangkan masa membasuh CDs anak saya. Bila kita fikirkan anak, segalanya mudah. ;-)
3. Ketiga, ada yang risau takut CD berbau busuk. DD pun berbau busuk juga sayang kalau dah digunakan. Senang sahaja, saya selalu bilas dulu CD yang dah digunakan dengan air paip dan perah. Kemudian kumpulkan dalam baldi / bakul sebelum nak basuh. Hilanglah bau! Senang kan?
4. Keempat, bocor?? Kalau pakai DD pun boleh bocor juga sbb DD pun tak dapat menampung terlalu banyak cecair. Anda lebih tahu berapa ‘heavy’ anak anda weewee kan? Kalau terlalu banyak baby weewee mestilah kena kerap tukar. Lagi satu, pemakaian CD yang kurang kemas juga bolehleh sebabkan kebocoran. Pakaikan dengan kemas dan selesa pada anak anda. Mesti baby happy!

SELAMAT, JIMAT, HEBAT!!!



Lampin kain moden (CD) adalah dari material PUL (luar) yang menghalang kebocoran, fleece (dalam) yang lembut, selesa dan menyebabkan bayi rasa kering sementara mikrofiber insert yang diletakkan di dalam poket adalah untuk menyerap kencing bayi.
Pemakaian CD adalah serupa dengan DD dimana ianya berbentuk seluar.

Kenapa saya kata JIMAT??

CONTOH PENGIRAAN KOS CD VS. DD

DD
HARGA SEHARI :  RM 0.60 x 6 KEPING = RM 3.60
HARGA SEBULAN :  RM 3.60 x 30 HARI = RM108
HARGA SETAHUN :  RM 108 x 12 BULAN =  RM 1296
HARGA 3 TAHUN :  RM1296 x 3 TAHUN  =  RM 3888

CD
20 KEPING x RM 40 =  RM 800 [UNTUK 3 TAHUN]

JUMLAH PENJIMATAN :  RM 3888 - RM 800 = RM 3088!!!

*PENGIRAAN DI ATAS ADALAH ANGGARAN DARIPADA KOS SEBENAR. HARGA CD TERSEBUT ADALAH SEKADAR CADANGAN. ADA CD YANG BOLEH DIDAPATI DENGAN HARGA YANG LEBIH MURAH TETAPI MASIH BERKUALITI. BUATLAH PILIHAN BIJAK! (*_^)