FIKIRKAN!!!
1. Pertama sekali, penggunaan CD dapat memelihara alam sekitar kita yang semakin teruk menampung bahan buangan lambat mereput. Go! Go! Green Go! ~Tahukah anda? DD yang anda buang memerlukan masa beratus-ratus tahun untuknya mereput dalam tanah? SELAMATKANLAH ALAM KITA!
2. Kedua, memupuk sifat rajin dalam diri. Walaupun ada yang kata malas nak gunakan CD sebab perlu basuh dan mereka tiada masa untuk itu, saya pun bekerja tapi masih berusaha untuk meluangkan masa membasuh CDs anak saya. Bila kita fikirkan anak, segalanya mudah. ;-)
3. Ketiga, ada yang risau takut CD berbau busuk. DD pun berbau busuk juga sayang kalau dah digunakan. Senang sahaja, saya selalu bilas dulu CD yang dah digunakan dengan air paip dan perah. Kemudian kumpulkan dalam baldi / bakul sebelum nak basuh. Hilanglah bau! Senang kan?
4. Keempat, bocor?? Kalau pakai DD pun boleh bocor juga sbb DD pun tak dapat menampung terlalu banyak cecair. Anda lebih tahu berapa ‘heavy’ anak anda weewee kan? Kalau terlalu banyak baby weewee mestilah kena kerap tukar. Lagi satu, pemakaian CD yang kurang kemas juga bolehleh sebabkan kebocoran. Pakaikan dengan kemas dan selesa pada anak anda. Mesti baby happy!
No comments:
Post a Comment