Nuffnang Ads

MAKLUMAN~~~


**WEEKENDS MEMANG SY TAK ONLINE YE..HARI UTK BABY SY..HEHEHE..TP SMS INSYAALLAH..AKAN DILAYAN..TQ (^_^)


DEAR CUSTOMERS,

SEMUA CD DA SELAMAT DIJUAL. TERIMA KASIH KEPADA YANG MENYOKONG SAYA. TUNGGU STOK SETERUSNYA YE...TERIMA KASIH.

SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI SAYA DI:


aniqku@gmail.com / zurishtaashiteru@yahoo.com / SMS ke 014-8759293...SELAMAT BER'CD'ING!!


MEMPERKENALKAN...
POINTS&REDEEM
COLLECT YOUR POINTS & REDEEM!!
JUST PAY THE POSTAGE ONLY!!!
1 PC CD = 1 POINT
EVERY 10 POINTS WILL BE GIVEN EXTRA 1 POINT = 11 POINTS

BOLEH REDEEM APA2 SAHAJA YANG DIJUAL DI BLOG INI...TETAPI TERTAKLUK KEPADA STOK SEMASA LA YE... (^_^)

UNTUK SEMAK POINT ANDA & SEMAK APA YANG BOLEH DI'REDEEM', SILA KLIK UNDER POINTS&REDEEM...TQ!

~~~~~@@@@@@@@@@@~~~@@@@@@@@@@~~~~~




Wednesday, November 17, 2010

APA ITU CLOTH DIAPERS?

Cloth Diapers (CD) atau juga dikenali sebagai Kain Lampin Moden adalah alternatif dalam penggunaan lampin untuk bayi zaman moden selain Disposable Diaper (DD).  Secara ringkasnya CD adalah pilihan terbaik untuk para ibu bapa bagi menjamin keselesaan bayi mereka.  Bukan itu sahaja malah menjimatkan wang dan paling penting sekali dapat memelihara alam sekitar kerana penggunaan CD ini terbukti mesra alam.  Boleh dipakai semula setelah dicuci dan dikeringkan. Berbanding DD, setelah dipakai, ia akan dibuang dan pelupusannya mengambil masa yang amat panjang!





Outer Fabric CD dikenali sebagai PUL (polyurethane laminate).  Fabrik ini diperbuat daripada fabrik yang berkualiti tinggi, tahan lasak, lembut, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah untuk digunakan, dijaga dan dicuci.  Dicipta khas untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.




Lapisan dalaman CD bagi jenis yang berpoket dilengkapi dengan poket sebagai tempat untuk memasukkan insert yang diperbuat daripada jenis suede atau microfleece yang dapat menarik cecair jauh dari kulit bayi. Jadi apabila lampin ditanggalkan, anda dapat lihat kulit bayi masih dalam keadaan kering. Kain jenis ini juga kalis kotoran jadi najis bayi akan mudah tanggal.

Insert pula mempunyai tiga lapisan penyerapan yang diperbuat daripada kain serat mikro (microfiber) jadi anda tidak perlu risau lagi dengan sebarang kebocoron kerana CD bukan saja memiliki dua tapi tiga lapisan serapan.




Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan snap buttons atau velcro yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi.

CD yang terdapat di pasaran sekarang amat comel untuk digayakan oleh bayi dan pastinya menarik minat ibu bapa untuk mencuba sendiri keistimewaannya.  Tambahan pula terdapat banyak warna dan design untuk dipilih.





SELAMAT MEMBUAT PILIHAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA DAN BAYI!



No comments:

Post a Comment